“Mana Yang Duk Kata Kepris Fitnah PU Dulu?” – Pernah Dikecam ‘Buka Aib’, Caprice Bersuara Selepas PU Azman Dihukum Penjara

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 3:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

PU Azman hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.

Seperti yang ramai netizen tahu, Caprice antara individu yang lantang bersuara mengenai isu ini dan memperjuangkan nasib-nasib mangsa namun dia dikecam kerana dikatakan membuka aib.

image is not available

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Caprice meminta sesiapa yang menuduhnya membuka aib supaya memeriksa ‘track record’ pendedahan yang telah dibuatnya.

Menurut aktivis kemanusiaan ini, setakat ini empat kes yang disuarakan olehnya sebelum ini sudah mendapat perhatian pihak polis dan keadilan di mahkamah.

“Periksa rekod saya dahulu sebelum kamu nak bercakap tentang AIB,” tulis Caprice di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sementara itu, menerusi komen ramai yang menyebelahi Caprice dan berterima kasih kepadanya kerana lantang bersuara tentang isu-isu berkaitan jenayah seksual membabitkan individu dikenali.

Sesetengah netizen mengkritik mereka yang masih menyebelahi PU Azman dan tidak memikirkan nasib serta trauma dialami oleh mangsanya.

image is not available 3 days ago

Kes Amang Seksual Remaja Lelaki 17 Tahun, PU Azman Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun & Dua Sebatan