Manchester City kembali temui kemenangan

5 Dec 2024 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Silva ceriakan semula kem Manchester City. Foto Agensi

MANCHESTER City mula menunjukkan petanda kebangkitan bertenaga daripada kemerosotan prestasi apabila mengakhiri kemarau kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir semua pertandingan.

Stadium Etihad, venue yang menyaksikan anak buah Pep Guardiola itu diaibkan Tottenham Hotspur 0-4 pada 24 November lalu, kini kembali menceriakan penyokong-penyokong Citizens apabila membelasah Nottingham Forest, 3-0.

Tiga mata diraih Manchester City kendalian Pep Guardiola itu juga menamatkan rentetan empat kekalahan liga berturut-turut, meraih kemenangan pertama dalam tempoh 39 hari sejak menewaskan Southampton pada Oktober lalu.

Gol-gol City ke atas Forest bimbingan Nuno Espírito Santo itu dihasilkan Bernardo Silva minit kelapan, Kevin De Bruyne (m-31) dan Jeremy Doku (m-57) untuk mata ke-26 liga selepas mengharungi 14 perlawanan melonjakkan kelab itu ke tangga keempat.

Sebagai rekod, Manchester City yang menang enam daripada tujuh gelaran Liga Perdana Inggeris terakhir, musim ini dilanda masalah kecederaan membabitkan pemain tonggak seperti Rodri, Mateo Kovacic dan John Stones.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved