Manchester City tak boleh ikut cara Chelsea berbelanja

Football
20 Aug 2023 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pep Guardiola - Foto AFP

MANCHESTER City perlu dinilai dengan cara berbeza berbanding kelab lain dalam perkara yang berkaitan perbelanjaan perpindahan pemain.

Pengendali The Citizens, Pep Guardiola berkata, juara treble musim lalu itu bakal berdepan masalah sekiranya berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baharu seperti dilakukan Chelsea sejak 12 bulan lalu.

Perbelanjaan City kini dipantau sejak Sheikh Mansour dari Abu Dhabi menjadi pemilik The Citizens pada 2008.

Kelab itu sedang menghadapi 115 pertuduhan yang dibawa oleh Liga Perdana Inggeris kerana didakwa melanggar peraturan kewangan.

Sebagai rekod, Chelsea telah membelanjakan lebih $1 bilion yuran perpindahan pemain sejak pemilikan baharu diketuai Todd Boehly dan Clearlake Capital menyelesaikan pengambilalihan kelab itu pada Mei 2022.

“Kami akan berada di bawah pemerhatian malah saya juga tidak boleh duduk di sini jika kami membelanjakan seperti yang dibelanjakan Chelsea dalam dua jendela perpindahan terakhir.

“Kami perlu melihat apa yang berlaku dalam pasaran pemain dan jika kami boleh melakukannya kami akan secara adil. Jika tidak, kami akan menggunakan hasil produk akademi,” ujar Guardiola.

Sebagai rekod, City menandatangani pemain pertahanan Josko Gvardiol awal bulan ini manakala pemain tengah Mateo Kovacic menyertai pada Jun, dengan yuran perpindahan dilaporkan masing-masing 90 juta euro dan 25 juta pound.

Sementara itu, Chelsea telah membawa masuk lapan pemain baharu bagi mengharungi saingan musim ini.

Pemain tengah Romeo Lavia dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 53 juta pound, pembelian kedua kelab London minggu ini selepas Moises Caicedo menyertai dengan bayaran yang boleh meningkat kepada rekod British 115 juta pound.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved