Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk

Football
20 May 2024 • 8:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Diogo Dalot meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama ketika perlawanan EPL antara Brighton & Hove Albion dan Manchester United di Stadium The American Express Community, Brighton, Britain, 19 Mei 2024. Foto Reuters

MUSIM menyedihkan Manchester United berakhir dengan pengesahan penamat Liga Perdana terburuk mereka, walaupun menang 2-0 hari terakhir menentang Brighton semalam.

Pasukan bimbingan Erik ten Hag menduduki tempat kelapan dalam kedudukan selepas tamat musim di Brighton.

Penamat terburuk United sebelum ini dalam era Liga Perdana ialah ketujuh di bawah David Moyes pada 2013-14.

14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.

Di sebalik kemenangan di Brighton, hasil jaringan Diogo Dalot dan Rasmus Højlund, United juga menamatkan saingan dengan perbezaan gol negatif - melepaskan lebih banyak gol daripada yang dijaringkan - buat pertama kali dalam tempoh 34 tahun.

Ia adalah kemuncak musim kedua yang membawa bencana di bawah kendalian Ten Hag, yang menyaksikan pasukannya menduduki tempat terbawah kumpulan Liga Juara-Juara pada bulan Disember.

United masih boleh menyelamatkan sesuatu apabila berdepan seteru Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 25 Mei.

Selepas menduduki tempat kelapan dalam Liga Perdana, mereka sedar perlu menewaskan City untuk layak ke Eropah musim depan.

Kemenangan dalam perlawanan akhir piala akan menjamin United tempat di peringkat kumpulan Liga Europa. - Astro Arena

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved