Manchester United, Crystal Palace dapat surat tunjuk sebab

Football
10 Feb 2023 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Insiden Casemiro mengasari Hughes semasa aksi liga di Stadium Old Trafford pada 4 Februari lalu.

MANCHESTER United dan Crystal Palace didakwa menimbulkan konfrontasi antara pemain kedua-dua pasukan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, kata Persatuan Bola Sepak England.

Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan yang dimenangi Manchester United, 2-1 di Stadium Old Trafford, 4 Februari lalu.

Kontroversi tercetus apabila Casemiro terus dilayangkan kad merah selepas mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah ekoran terjahan ke atas Antony.

“Kedua-dua kelab didakwa gagal memastikan para pemain mereka berkelakuan dengan teratur atau mengelak daripada melakukan provokasi.

"Manchester United juga didakwa gagal memastikan para pemainnya mengelak daripada melakukan keganasan," kata FA dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kedua-dua kelab mempunyai masa untuk menjawab pertuduhan tersebut sehingga 13 Februari depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved