Manchester United Memperlihatkan Rekaan Stadium Baharu Dengan Elemen Trisula Setan Merah

TechnologyDigital
12 Mar 2025 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nasib Manchester United di atas padang pada waktu ini adalah amat menyedihkan berbanding era kegemilangan Sir Alex Ferguson. Kegagalan di atas padang menyebabkan kelab kerugian ratusan juta dan Stadium Old Trafford yang merupakan stadium kelab bola sepak terbesar di UK kini kelihatan usang. Minggu ini rekaan stadium baharu Manchester United telah diperlihatkan dengan ia menerapkan elemen trisula setan merah tertera pada logo kelab.

image is not available

Rekaan stadium dihasilkan oleh firma senibina terkemuka Foster + Partners. Apabila siap dibina kelak, ia boleh menempatkan sehingga 100,000 penonton. Ini adalah peningkatan daripada 74,000 penonong yang boleh ditampung Old Trafford. Bahagian bumbung yang diangkat oleh tiga tiang seakan trisula setinggi 200 meter ini akan menjadi penghalang sinaran matahari panas dan juga menempatkan sistem menampung air hujan serta panel solar. Dengan ini kos operasi stadium dapat dikurangkan kerana keperluan tenaga elektrik dan air boleh dihasilkan sendiri.

image is not available

Stadium ini akan dibina di tapak baharu berhampiran Old Trafford yang sudah berusia 115 tahun. Terdapat perancangan untuk mengubah Old Trafford menjadi sebuah stadium selepas kelab berpindah ke stadium baharu.

image is not available

Kawasan persekitaran stadium juga akan dibangunkan semula menjadi tempat kediaman. Pembinaan stadium baharu ini dianggarkan sekitar £2 bilion (~RM 11.65 bilion) dengan proses pembinaan dijangka mengambil masa 5 tahun.