Manchester United sebelah kaki ke final Liga Europa

Football
2 May 2025 • 6:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fernandes inspirasikan Manchester United di San Mames. Foto Agensi

MANCHESTER United sebelah kaki ke pentas final Liga Europa selepas mempamerkan aksi bertenaga ketika mengatasi 10 pemain Athletic Bilbao 3-0 di Stadium San Mames, sekali gus membawa bekalan selesa menjelang perlawanan kedua di Old Trafford.

Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah, United hampir ketinggalan 0-2 apabila Inaki Williams gagal menyudahkan tandukan, sebelum Victor Lindelof bertindak cemerlang menghalang percubaan Alex Berenguer di atas garisan gol.

Namun, tuah perlawanan berubah secara dramatik memihak kepada United pada minit ke-30 apabila hantaran Harry Maguire ditanduk masuk oleh Casemiro.

Keadaan bertambah lebih baik buat pelawat tujuh minit kemudian apabila, selepas semakan oleh video bantuan pengadil (VAR), mereka dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran Dani Vivian terhadap Rasmus Hojlund, yang turut dilayangkan kad merah.

Kapten United, Bruno Fernandes kemudian tenang menyudahkan sepakan penalti minit ke-37 memastikan United terus selesa di depan ke atas Zuri-Gorriak bimbingan Ernesto Valverde

United yang bersemangat terus menambah derita Bilbao apabila hantaran Manuel Ugarte dimanfaatkan sebaik mungkin Fernandes untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat.

Pasukan kendalian Ruben Amorim sepatutnya boleh menambah jaringan pada separuh masa kedua dengan Casemiro – yang tampil cemerlang sepanjang perlawanan – menyaksikan tandukannya dari sepakan penjuru hanya mengenai tiang gol.

Bilbao, kini berdepan defisit tiga gol untuk diatasi oleh pasukan La Liga Sepanyol itu apabila mereka bertandang ke Old Trafford pada Jumaat depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved