Mancini tidak lagi bersama Green Falcons

25 Oct 2024 • 8:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Roberto Mancini

LEGENDA Itali, Roberto Mancini telah melepaskan tanggungjawab sebagai pengendali Arab Saudi setelah kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama, umum Persatuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Bekas penyerang Itali berusia 59 tahun itu menerajui The Green Falcons pada Ogos 2023, menggantikan Herve Renard.

Di bawah kepimpinan Mancini, Arab Saudi tersingkir daripada Piala Asia dalam pusingan 16 terakhir awal tahun ini selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Korea Selatan.

“Lembaga Pengarah Persekutuan Bola Sepak Saudi dan jurulatih pasukan kebangsaan, Itali Roberto Mancini mencapai persetujuan bersama pada Khamis untuk menamatkan hubungan kontrak,” umum SAFF di platform media sosial.

The Green Falcons berada di tempat ketiga dalam Kumpulan C pusingan ketiga Asia awal Piala Dunia dengan lima mata.

Mereka ketinggalan lima mata daripada pendahulu kumpulan Jepun selepas empat perlawanan.

Mereka tewas 0-2 di laman sendiri kepada Jepun pada 10 Oktober sebelum terikat tanpa jaringan dengan Bahrain lima hari kemudian.

Dua teratas dalam setiap kumpulan mara secara automatik ke Piala Dunia manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat mara ke pusingan awal lagi dengan dua penyudah terbawah tersingkir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved