Mandat Mahasiswa dedah kecelaruan kewangan MPP USM

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 10:56 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

GEORGE TOWN – Mandat Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini tampil menuntut agar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu segera membentangkan penyata kewangan secara telus dan berintegriti, selaras dengan ketetapan perlembagaan universiti.

Pengerusi Mandat Mahasiswa, Mohamed Azrin Samah, dalam satu kenyataan yang dihantar kepada MYBERITA berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan ketelusan serta mengembalikan keyakinan mahasiswa terhadap kepimpinan MPP yang dipilih.

“Kami menuntut agar MPP membentangkan penyata kewangan mengikut perkara 70-13 Perlembagaan USM. Penyata ini perlu disertakan dengan laporan audit atau bukti transaksi bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban,” tegasnya.

Menurut Azrin, sehingga kini masih wujud kekaburan berhubung jumlah sebenar peruntukan serta agihan dana MPP, termasuk laporan penggunaan akaun luar yang dikatakan melibatkan jumlah hampir RM20,000 di sebuah akaun RHB Bank.

@mandatmahasiswausm | SIDANG MEDIA MANDAT MAHASISWA USM | image is not availableimage is not available “Desakan Ketelusan dalam Perbentangan Belanjawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM” @BHEPAUSM @MPP USM INDUK #MandatMahasiswaUSM #WeLead #MenggerakMahasiswaMembinaLegasi ♬ original sound – Mandat Mahasiswa USM

Beliau turut menegaskan bahawa laporan kewangan perlu dibentangkan secara terbuka sebelum tamat penggal kepimpinan dan sebelum proses pembubaran rasmi MPP dilaksanakan.

“Sebarang kelewatan atau keengganan membentangkan penyata kewangan akan dianggap sebagai kegagalan mematuhi prinsip kebertanggungjawaban dan satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah mahasiswa,” katanya.

Sebelum ini, MYBERITA melaporkan Sidang Parlimen Mahasiswa Siri 2, Sesi 2024/2025 di USM menjadi tegang apabila beberapa wakil mahasiswa bangkit mempertikai ketelusan pembentangan belanjawan MPP.

Perbahasan itu tercetus selepas dokumen perbelanjaan yang dibentangkan hanya menggunakan carta pai (pie chart) tanpa butiran lengkap penyata kewangan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap ketelusan pengurusan dana.

Wakil MPP, Zulhilmi Rashid, yang juga pelajar jurusan Perakaunan, turut menyuarakan rasa terkilan apabila kepakarannya tidak digunakan dalam penyediaan laporan kewangan walaupun telah menawarkan bantuan sejak awal penggal.

“Kita bercakap soal transparensi, tapi aspek kewangan asas seperti internal auditor pun tidak digunakan. Bagaimana kita nak jadi MPP yang telus dan progresif?” ujarnya.

Perbahasan berkenaan disambut baik oleh majoriti ahli dewan yang bersetuju supaya sistem semakan kewangan MPP diperkuat bagi menjaga akauntabiliti serta kepercayaan mahasiswa terhadap kepimpinan pelajar.

Mandat Mahasiswa menegaskan, keterbukaan dalam urusan kewangan bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya lambang kejujuran, kebertanggungjawaban dan keberanian sebagai pemimpin mahasiswa.

View Original Article