“Mandikan Pakai Clorox, Busuknya Ya Allah..” – Sukarelawan Kongsi Realiti Pilu Uruskan Jenazah Penghidap HIV & AIDS Tanpa Kehadiran Keluarga

LocalHealth & Fitness
6 Dec 2025 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah perkongsian di Threads oleh pengguna @wahida_hussain7 mengundang perbualan hangat apabila beliau menceritakan pengalaman sebagai sukarelawan memandikan jenazah, termasuk jenazah pesakit AIDS (1 kali), HIV (2 kali) dan Tibi (2 kali).

Wahida menulis bahawa pengalaman menguruskan jenazah pesakit berpenyakit berjangkit adalah antara momen paling menghibakan, bukan kerana penyakit itu sendiri, tetapi kerana ramai yang tidak hadir memberi penghormatan terakhir.

Advertisement

image is not available

Sedih sebab tiada keluarga atau rakan yang nak mandikan jenazah.Ahli keluarga tak nak datang waktu kebumi. Rakan-rakan hanya berdiri jauh. Yang iringi sampai ke kubur tak sampai 10 orang.

Menurutnya, ada jenazah yang meninggal selepas 25 hari, menyebabkan bau sangat kuat, manakala jenazah pesakit HIV yang meninggal kurang 24 jam sebelum itu turut mempunyai bau yang tajam.

Guna Clorox & Dettol Sebagai Lapisan Awal

Wahida turut berkongsi protokol kebersihan yang diamalkan ketika mengurus jenazah pesakit dengan penyakit berjangkit.

Jenazah kematian HIV, AIDS & Tibi, first layer of water guna Clorox & Dettol. Nak matikan kuman dulu sebab kudis masih berair.

Beliau menambah, menggunakan sedikit Clorox untuk membersihkan bilik air pun sudah menyakitkan hidung apatah lagi menggunakannya untuk memandikan jenazah.

image is not available

image is not available

Dalam hantarannya, Wahida turut menitipkan nasihat, mengingatkan mereka yang melakukan hubungan luar tabii agar segera bertaubat.

Allah Maha Pengampun. Allah Ya Ghaffar. Kembali pada Dia sebelum terlambat.

Perkongsian itu menerima banyak reaksi simpati terhadap nasib jenazah yang tidak diuruskan ahli keluarga sendiri, selain penghargaan terhadap sukarelawan yang menjalankan tugas berat memastikan setiap jenazah dimuliakan sebaik mungkin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-06 08:35:34

"Kereta Pemain Bola Untuk Dijual" - BMW Milik Faisal Halim Jadi Rebutan, Nak 'Let Go' RM190K

The post “Mandikan Pakai Clorox, Busuknya Ya Allah..” – Sukarelawan Kongsi Realiti Pilu Uruskan Jenazah Penghidap HIV & AIDS Tanpa Kehadiran Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article