Mane milik Bayern

Football
23 Jun 2022 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN antarabangsa Senegal, Sadio Mane sah menjadi milik Bayern Munich selepas melengkapkan perpindahan bernilai £35 juta (RM188.93 juta) dari Liverpool dengan kontrak tiga tahun.

Menerusi perjanjian itu, The Reds akan menerima £27.4 juta (RM147.9 juta) dengan tambahan £5.16 juta (RM27.85 juta) berdasarkan jumlah penampilan dan £2.58 juta (RM13.93 juta) untuk pencapaian individu dan pasukan.

“Ejen saya memberitahu terdapat beberapa tawaran daripada kelab lain. Namun bagi saya, Bayern lebih menepati pilihan saya sejak awal mereka mempersembahkan pelan mereka.

"Bagi saya, Bayern adalah kelab yang tepat buat masa sekarang. Ia merupakan salah sebuah kelab terbesar di dunia dan pasukan tersebut sering bersaing untuk kejuaraan," kata Mane.

Untuk rekod, penyerang berusia 30 tahun itu sebelum ini berjaya menjaringkan 90 gol daripada 196 penampilan EPL sepanjang bersama Liverpool sejak menyertai pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu daripada Southampton pada 2016.

Malah Mane juga merupakan tonggak utama The Red ketika memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2020, layak ke final UCL sebanyak tiga kali (menamatkan salah satu daripadanya sebagai juara), selain menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA musim 2021-2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved