Manfaat Silika: Rangsangan Semula Jadi Untuk Kulit Kekal Muda

Health & Fitness
25 Sep 2024 • 8:00 AM MYT
Dr. Fahmi Hassan
Dr. Fahmi Hassan

Pharmacist. Health and medicine.

Image from: Manfaat Silika: Rangsangan Semula Jadi Untuk Kulit Kekal Muda
Imej dari Spritzer

Dalam dunia yang serba pantas ini, ramai di antara kita tanpa mengira usia sentiasa mencari-cari rahsia penjagaan kulit yang semula jadi dan berkesan. Industri kosmetik kini juga beralih kepada rutin penjagaan yang lebih sihat dan mampan, di mana satu mineral semakin menjadi tumpuan: silika.

Mineral ini berpotensi untuk mengubah cara kita menjaga kesihatan kulit. Walaupun potensinya sangat besar, melalui satu tinjauan yang dijalankan oleh Spritzer, sebanyak 83% responden masih tidak mengetahui tentang silika dan manfaatnya.

Manfaat Silika untuk Kesihatan Kulit

Silika, yang terdapat dalam pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral, adalah penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Ia membantu membentuk dan mengekalkan keanjalan tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku. Kajian juga menunjukkan ia mampu untuk mencegah masalah jantung dan penyakit berkaitan saraf.

Kajian-kajian saintifik menyokong peranan silika dalam penghasilan kolagen dan memastikan kulit sentiasa sihat. Ciri antioksidannya melindungi kulit daripada mudarat radikal bebas, iaitu molekul yang berupaya merosakkan sel-sel kulit yang menyebabkan penuaan kulit pramatang. Dengan meneutralkan molekul berbahaya ini, silika membantu mengekalkan kestabilan kolagen, dan memastikan kulit sentiasa kelihatan muda.

Ciri antioksidan ini juga melindungi kulit daripada sinar UV matahari yang berbahaya. Selain itu, pengambilan gula terproses juga boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang melalui proses glikasi. Namun begitu, silika boleh membantu menghalang proses ini dan menjadikan kulit kekal muda dan berseri. Kebanyakan diet masyarakat Asia juga didapati mengandungi kadar silika yang rendah dan menyebabkan kesihatan tulang yang merosot. Oleh itu, pastikan diet anda kaya dengan silika untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan dan kecantikan kulit anda.

Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Silika Yang Mencukupi Setiap Hari?

Image from: Manfaat Silika: Rangsangan Semula Jadi Untuk Kulit Kekal Muda
Imej dari Spritzer

Sebenarnya, terdapat cara yang amat mudah untuk meningkatkan pengambilan silika seharian. Buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu merupakan sumber semula jadi yang mempunyai kandungan silika yang tinggi. Bagi mereka yang mungkin sukar untuk mendapatkan silika yang mencukupi melalui diet seharian, suplemen yang mengandungi silika seperti asid ortosilisik juga boleh membantu. Namun begitu, cara paling mudah untuk memenuhi keperluan silika seharian adalah dengan minum air mineral yang kaya dengan silika.

Air Mineral Semula Jadi Spritzer: Sumber Silika Yang Terbaik

Untuk memastikan kandungan silika yang mencukupi dalam diet seharian, adalah penting untuk menyedari bahawa bukan semua sumber silika adalah setara. Ramai orang beranggapan bahawa semua air minuman adalah sama dan hanya berfungsi untuk memastikan hidrasi badan terjaga. Namun begitu, air mineral semula jadi Spritzer sebenarnya merupakan pilihan terbaik memandangkan kandungan silikanya amat tinggi (60 mg/L).

Image from: Manfaat Silika: Rangsangan Semula Jadi Untuk Kulit Kekal Muda
Imej dari Spritzer

Komposisi bahan mineral yang unik ini menyediakan cara paling mudah untuk meningkatkan kadar pengambilan silika. Dengan hanya menggantikan air biasa kepada Spritzer dalam rutin seharian, kita dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Ini menjadikan Spritzer bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi juga tambahan yang bermanfaat dalam rutin penjagaan kulit.

Integrasi Spritzer Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Mengintegrasikan Spritzer dalam kehidupan seharian adalah sangat mudah. Tidak kira sama ada golongan pekerja, pelajar universiti, atau remaja, Spritzer sesuai untuk dijadikan rutin seharian. Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan Spritzer sebahagian daripada gaya hidup harian:

  • Rutin Pagi: Mulakan hari anda dengan segelas air mineral semula jadi Spritzer untuk memastikan badan terhidrasi dan dilengkapi dengan silika.
  • Semasa Bekerja atau Belajar: Pastikan sebotol Spritzer sentiasa di meja atau dalam beg untuk memastikan kita kekal terhidrat sepanjang hari.
  • Semasa Mengunjungi Kafe: Tukar minuman kegemaran dengan Spritzer apabila anda bersosial di kafe bersama rakan-rakan.
  • Semasa Bercuti: Bawa Spritzer dalam perjalanan bagi memastikan rutin penjagaan kulit tidak terganggu.

Silika dan Spritzer: Padanan Sempurna untuk Kulit

Silika semula jadi dalam Spritzer menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan, membantu memastikan keanjalan dan kesihatan kulit. Ini sangat penting bagi golongan muda yang kebiasaannya mengalami tanda-tanda awal penuaan dan ingin memastikan kulit mereka kekal sihat. Spritzer bukan sahaja mengekalkan hidrasi; ia adalah bahan tambahan terbaik untuk rutin penjagaan kulit yang disokong dengan kajian-kajian saintifik. Menambahkan silika ke dalam kehidupan seharian adalah cara paling mudah dan berkesan memastikan kulit kekal sihat dan muda.

Bagi individu moden yang mementingkan kesihatan, Spritzer bukan sekadar air minuman. Ia adalah komponen penting dalam rutin penjagaan kulit yang lengkap. Nikmati manfaat silika dan jadikan Spritzer keperluan harian. Untuk maklumat lanjut berkaitan keajaiban silika, layari https://siliqa.com/.


Dr. Fahmi Hassan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.