
KUALA PENYU: Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyeru rakyat negeri ini khususnya Kadazandusun yang mempunyai sumber tanah yang luas supaya memanfaatkan tanah terbiar mereka untuk pertanian.
Beliau berkata kerajaan melalui Kementeriannya menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan dan bantuan kepada usahawan atau koperasi yang berminat untuk mengembangkan perniagaan atau menceburi sektor makanan.
“Kementerian melalui agensi di bawahnya menyediakan pelbagai skim dan bantuan yang sesuai.
“Sebagai contoh, di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pembiayaan Dana Modal Pusingan sehingga RM100,000 disediakan kepada koperasi terlibat dalam sektor agromakanan seperti pertanian, perikanan, dan penternakan.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Begitu juga, agensi lain seperti SME Bank, Bank Rakyat, dan Tekun Nasional juga mempunyai skim pembiayaan berkaitan usahawan mikro, kecil dan sederhana yang terlibat dalam sektor makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan anjuran Upko di Dewan Masyarakat Dato’ Shahbandar Makang di sini Ahad.
Sehubungan itu, Ewon berharap rakyat Sabah dapat merebut peluang sedia ada dan menyertai gerakan keusahawanan dan koperasi, agar Kaamatan bukan sekadar perayaan budaya tetapi juga mesej mempromosikan keusahawanan dan koperasi.
“Krisis sekuriti makanan harus menjadi seruan untuk kita semua, dan ia harus dibangunkan sebagai peluang dalam keusahawanan,” katanya.
Beliau berkata ini juga selaras dengan tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan Melangkau Keterjaminan Makanan” melalui pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
“Mesej yang ingin kita tanamkan kepada masyarakat sempena sambutan Pesta Kaamatan ialah Sabah kaya dengan sumber asli, dan kita wajar membangunkan sumber asli ini seperti tanah untuk tanaman pertanian atau penternakan.
“Ini kerana Malaysia masih bergantung kepada makanan import. Kita seharusnya menggunakan sepenuhnya sumber yang ada di negara kita untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.
“Sebab itu saya menyokong mesej tema Pesta Kaamatan tahun ini, supaya rakyat khususnya masyarakat Kadazandusun yang mempunyai tanah dapat membangunkan tanah masing-masing sama ada secara individu atau koperasi,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

