
TUARAN: Program Jelajah Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilancarkan pada bulan Julai lalu, perlu digunakan sebaiknya untuk menjelaskan dasar dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi GRS mahu Wanita GRS memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memastikan rakyat tahu dan memahami segala dasar yang diperjuangkan oleh kerajaan.
Ini katanya termasuklah usaha kerajaan GRS untuk terus menuntut hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bagi saya, Program Jelajah Wanita GRS ini amat penting untuk menjelaskan dasar, perjuangan dan kejayaan kerajaan GRS selama kira-kira tiga tahun menerajui negeri ini, di semua zon di Sabah yang akan dilawati.
“Wanita GRS adalah tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain. Justeru, pergerakan wanita parti komponen dalam GRS perlu terus meningkatkan persefahaman dan perpaduan yang sedia terjalin utuh, untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan demi aspirasi rakyat negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jelajah Wanita GRS Zon 1B Parlimen Tuaran dan Parlimen Kota Belud di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.
Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Pelancaran Jelajah Wanita GRS telah disempurnakan ketua menteri pada 23 Julai 2023 lalu, di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
