Manga Di Botol Susu, Taktik Nak Pastikan Pelajar Habiskan Susu

16 Oct 2023 • 1:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Manga Di Botol Susu, Taktik Nak Pastikan Pelajar Habiskan Susu.

Susu merupakan pembekal kalsium kepada kita, dan ia terbukti baik untuk kesihatan. Tapi, tak semua orang suka minum susu. Ada juga yang mempunyai alahan terhadap susu. Ada pula yang tidak suka rasa susu tersebut.

Bagaimana pula pelajar di Jepun yang sentiasa dibekalkan susu? Tak semua akan habiskan susu yang diberi. Jadi, bagaimanakah caranya untuk memastikan mereka habiskan susu itu?

Seorang pengeluar susu dan produk tenusu telah menjumpai cara yang bijak dan kreatif untuk memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk menghabiskan botol susu mereka itu, iaitu dengan menghias botol-botol dengan manga.

Pelajar Tidak Habiskan Susu

Seki Milk merupakan pengeluar dan pemproses susu di Wilayah Gifu, Jepun, telah membekalkan produk mereka di sekolah-sekolah tempatan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu telah mendapati bahawa pengambilan susu menurun dengan ketara.

Menurut kajian mereka sendiri, kebanyakan pelajar sekolah (kira-kira 60 peratus daripadanya), tidak menghabiskan susu yang dibekalkan ketika waktu makan tengah hari.

Ini mengakibatkan pembaziran makanan yang dan menyebabkan mereka kehilangan kalsium dan nutrien yang lain.

Jika anda merupakan ibu bapa, anda pasti tahu bahawa menyuruh anak-anak untuk makan sesuatu yang bagus untuk mereka bukanlah perkara yang paling senang untuk dilakukan.

Tetapi, Seki Milk telah menemui cara yang menyeronokkan untuk memotivasikan kanan-kanak menghabiskan susu mereka, iaitu dengan botol manga.

Budaya Otaku

Jika anda tidak biasa dengan budaya otaku, manga merupakan Komik Barat versi Jepun dan terkenal dalam kalangan masyarakat dari semua peringkat umur dan di seluruh dunia. Disebabkan ia disukai ramai, Seki Milk menggunakannya sebagai tarikan utama untuk botol susunya.

Syarikat itu berkerjasama dengan studio manga untuk menghasilkan siri manga original dan mencetaknya pada botol susu yang lut sinar itu.

Gambar via OddityCentral

Seki Milk bekerjasama dengan agensi iklan VOJ dan manga illustrator Aamiakihiko untuk membuat siri manga yang menarik yang hanya boleh dibaca oleh pelajar setelah mengosongkan botol susu yang penuh dengan kandungan berkhasiat mereka.

Manga dicetak pada botol dengan warna putih, jadi ia hanya dapat dilihat setelah botol susu dikosongkan.

Meskipun pelajar tidak perlu minum susu tersebut untuk membaca manga pada botol itu kerana mereka boleh sahaja membuang susu itu, Seki Milk layak mendapat penghargaan untuk idea penyelesaian mereka yang inovatif untuk masalah ini.

View Original Article