Mangsa banjir daerah Kerian kekal

19 Sep 2022 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemantauan dilakukan anggota APM di kawasan terjejas banjir di Bagan Serai pada Ahad. - Foto ihsan APM

IPOH - Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 12 orang dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka pada Isnin.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan daerah memaklumkan, tiga keluarga dari Kampung Bukit Semanggol itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semanggol, Bagan Serai.

Mangsa yang terjejas merupakan enam dewasa dan enam kanak-kanak ditempatkan di PPS berkenaan pada Ahad.

"Seramai 12 petugas terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, pejabat daerah dan tanah, Jabatan Sukarelawan (Rela) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya menerusi laporan yang dikongsikan kepada media pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved