Mangsa banjir di Kampar meningkat 94 orang malam ini

13 Jan 2023 • 10:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 13 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sahom, Kampar meningkat kepada 94 orang malam ini berbanding 91 mangsa petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan setakat 8 malam ini seramai 24 keluarga mendapat perlindungan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom selepas kediaman mereka dinaiki air.

PPS SK Sahom dibuka sejak Rabu malam selepas kampung itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada sebelah petang hari berkenaan.

Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias di daerah itu naik mendadak.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir akan melanda daerah Larut Matang dan Selama serta Hulu Perak.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved