Mangsa banjir di Sabah kekal

31 Jan 2023 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sabah kekal, sementara Johor terus mencatatkan penurunan setakat 4 petang Isnin.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak berubah dan dijangka kekal pada Isnin dengan 1,211 orang daripada 471 keluarga dipindahkan ke empat PPS di tiga daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan Isnin memaklumkan Pitas mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu 1,152 orang daripada 450 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Ia diikuti Lahad Datu 46 orang daripada 12 keluarga di satu PPS, dan di Paitan seramai 13 orang daripada sembilan keluarga juga di satu PPS.

Di JOHOR, JPBN dalam kenyataan semalam memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,157 orang berbanding 2,757 orang pada 8 pagi Isnin berikutan banjir di daerah Tangkak dan Kluang surut sepenuhnya.

Sehubungan itu, menurut JPBN sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup menjadikan keseluruhan 23 PPS yang masih aktif setakat ini. Batu Pahat masih mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 895 orang, diikuti Mersing (830), Kota Tinggi (340) dan Segamat (92).

Berdasarkan ramalan cuaca, Pontian dan Kluang dijangka hujan manakala lapan daerah lain mendung.

Sementara itu, Sungai Endau di Mersing yang masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 2.35 meter, kini berada pada trend penurunan.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin petang Isnin masih kekal 219 orang daripada 70 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Seramai 171 mangsa ditempatkan di PPS Kampung Setajam, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Denai dan PPS Balai Raya Kampung Jawa masing-masing menempatkan 27 dan 21 mangsa.

Paras Sungai Keratong di Rompin terus menunjukkan trend penurunan, namun masih melebihi paras bahaya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.