Mangsa banjir di Sarawak berkurang kepada 322 orang di tiga PPS

LocalEnvironment
17 Jan 2026 • 11:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Mangsa banjir di Sarawak berkurang kepada 322 orang di tiga pusat pemindahan, manakala paras air di dua sungai masih melebihi tahap bahaya.

BINTULU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak berkurang kepada 322 orang daripada 94 keluarga setakat pagi ini.

Ini berbanding 415 orang daripada 123 keluarga yang dilaporkan pada petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS Dewan Suarah Bintulu kini menempatkan 121 mangsa daripada 32 keluarga.

BACA: Mangsa banjir Sarawak turun kepada 611 orang di empat PPS

PPS Balai Raya Sebauh pula menempatkan 137 mangsa daripada 44 keluarga.

Manakala PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 64 mangsa daripada 18 keluarga.

“Terdapat trend menurun dari segi jumlah mangsa di PPS,” menurut JPBN dalam kenyataannya.

Banjir di Sarawak bermula sejak 31 Disember lepas apabila beberapa kawasan di sekitar Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di dua stesen masih melebihi tahap bahaya pada 7.30 pagi ini.

Stesen berkenaan adalah Long Teru di Miri dan Nanga Lemai B.

Hanya stesen Stapang B di Sibu sudah melebihi paras amaran.

Paras air di sembilan sungai lain berada pada tahap waspada tetapi menunjukkan trend menurun. – Bernama