Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 127 orang

28 Feb 2023 • 8:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau, Sarawak, meningkat kepada 127 orang daripada 31 keluarga petang ini berbanding 17 orang daripada tujuh keluarga, tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat petang ini, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan 107 mangsa daripada 23 keluarga, PPS Dewan Perdana Bau (11 mangsa/enam keluarga) dan PPS Balai Raya Kampung Opar, Bau, menempat sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Banjir melanda kawasan Kuching dan Bau selepas hujan berterusan sejak kelmarin. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved