Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 241 orang

18 Mar 2023 • 10:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUCHING, 18 MAC: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini meningkat kepada 241 orang daripada 68 keluarga malam ini berbanding 160 orang daripada 41 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak setakat malam ini juga dua PPS masih aktif.

PPS Dewan Sinar Budi Baru menempatkan 144 orang daripada 31 keluarga, manakala PPS Dewan Stapok Batu Kawa menempatkan 97 mangsa daripada 37 keluarga.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved