Mangsa banjir di Selangor terus menurun, hanya 17 PPS masih dibuka

3 Dec 2025 • 9:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 DIS: Jumlah mangsa banjir di Selangor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan kepada 975 mangsa setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa melibatkan 287 keluarga itu ditempatkan di 17 PPS di empat daerah.

Kuala Selangor masih merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 951 mangsa diikuti Sabak Bernam (13), Kuala Langat (9) dan Sepang (2).

Sebanyak 14 PPS di buka di Kuala Selangor, Kuala Langat (1), Sepang (1) dan Sabak Bernam (1).

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) memaklumkan cuaca negara dijangka kekal baik untuk tempoh beberapa hari lagi.

Namun episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) seterusnya boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada luruan monsun dan kemasukan udara lembap.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta platform media sosial agensi itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.