Mangsa banjir di tiga negeri menurun - Nadma

18 Apr 2024 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi Khamis, berbanding 1,319 tengah malam Rabu.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), tiga PPS dibuka di Selangor iaitu masing-masing satu di daerah Klang yang menempatkan 204 mangsa daripada 57 keluarga, Kuala Selangor (48 mangsa/12 keluarga) dan Petaling (382 mangsa/90 keluarga).

Di Negeri Sembilan, dua PPS iaitu di Rembau menempatkan 10 mangsa (empat keluarga) dan Port Dickson dengan 67 mangsa (tujuh keluarga), manakala di Melaka, hanya satu PPS di Alor Gajah melibatkan 48 mangsa (11 keluarga).

Sementara itu, paras air Sungai Klang di Pekan Meru, Klang (Selangor) dan Sungai Besut di Kampung La, Jerteh (Terengganu) masing-masing merekodkan tahap bahaya.

Paras air Sungai Duyong di Bemban, Melaka, Sungai Linggi dekat Pekan Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor pula pada tahap amaran. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved