Mangsa Banjir Kelantan Kelaparan, Bekalan Makanan Terhad Hanya Guna Air Hujan

30 Nov 2024 • 2:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh kini menghadapi situasi genting apabila lebih 1,300 mangsa banjir hanya mampu makan sekali sehari.

Keadaan semakin mencabar apabila banjir mencapai paras 0.5 meter di PPS, mengakibatkan bekalan makanan sukar dihantar akibat arus deras.

Tiada elektrik, air pun guna air hujan

Mangsa banjir, Irwan Faizal, 40, meluahkan kesulitan mereka yang bergelap tanpa bekalan elektrik dan terpaksa menggunakan air hujan untuk keperluan harian.

Kami hanya makan sekitar jam 2 atau 3 petang. Masak apa yang ada saja, dan barang keperluan pula dibeli di kedai berhampiran, tapi pilihan sangat terhad.- Katanya.

Tambah Irwan, makanan pagi dan malam bergantung kepada keprihatinan orang luar yang menghantar bantuan makanan pada waktu malam.

PPS biasanya sediakan tiga hidangan sehari

Menurut Irwan, pengalaman banjir sebelum ini menunjukkan PPS menyediakan makanan tiga kali sehari. Namun, situasi kini berubah akibat kesukaran logistik dan jumlah mangsa yang ramai.

Kami amat berharap bekalan makanan dan air bersih dihantar segera. Situasi ini sangat mencabar untuk semua mangsa di sini.- Katanya.

#OhmediaNasihat

Bencana banjir bukan hanya tentang kehilangan harta benda tetapi juga kesukaran untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan dan air bersih.

Kita semua boleh membantu meringankan beban mangsa dengan menyumbang melalui saluran bantuan rasmi atau menyokong usaha komuniti setempat. Bersama, kita mampu mencipta perbezaan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved