Mangsa banjir kilat di Batu Pahat meningkat 255 orang

15 Sep 2022 • 10:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BATU PAHAT, 15 SEPT: Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading dekat sini meningkat kepada 255 orang setakat 8 malam ini berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor, terdapat peningkatan mangsa dari Kampung Baru Seri Gading, antara lima kawasan yang terjejas banjir.

Setakat ini, sebanyak 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.

Turut terjejas penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Semalam, hujan lebat tanpa henti berlaku di daerah itu dari 1.30 hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan air pasang.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved