Mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 86 orang

21 Aug 2022 • 10:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 86 orang daripada 29 keluarga pagi ini, berbanding 43 orang daripada 12 keluarga malam tadi, selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Mutiara dibuka bagi menempatkan seramai 43 orang daripada 17 keluarga membabitkan penduduk Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan, di sini.

“Semalam hujan lebat berlaku melebihi dua jam dan menyebabkan beberapa buah rumah (di daerah ini) dinaiki air kira-kira pukul 3 petang,” katanya.

Malam tadi, seramai 43 penduduk Kampung Laut Batu 10 dipindahkan ke PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 selepas rumah mereka dinaiki air.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved