Mangsa banjir meningkat kepada 10,870 orang

18 Dec 2022 • 10:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar kemaskini di laman web Infobencana JKM pada Ahad.

image is not available
Penduduk setempat di Setiu, Terengganu mula menyelamatkan diri selepas air memasuki rumah mereka semasa tinjauan malam ini. Foto Bernama

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara pada Ahad terus meningkat dalam tempoh lima jam daripada 5,385 orang kepada 10,870 setakat jam 9 malam Ahad.

Selain Kelantan, Terengganu Pahang dan Johor, dua negeri terbaharu turut terjejas banjir pada Ahad ialah Sarawak.

Menurut kemaskini di laman web InfoBencana JKM, Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 5,832 orang melibatkan 1,737 keluarga yang ditempatkan di 59 PPS yang dibuka.

Sementara itu, Terengganu pula merekodkan seramai 4,865 mangsa banjir yang berada di 96 PPS dan melibatkan 1,439 keluarga.

**media[2027078]**

Seramai 40 mangsa di Pahang yang terdiri daripada 13 keluarga pula ditempatkan di satu PPS manakala di Johor pula, kekal 75 mangsa daripada 21 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS yang disediakan.

Di Perak pula, dua PPS yang dibuka menempatkan 49 mangsa daripada 21 keluarga.

Perkembangan terbaharu insiden banjir di Sarawak pula menyaksikan 9 mangsa daripada 2 keluarga yang berada di sebuah PPS yang dibuka pada Ahad.