Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,627 orang takat 8 pagi ini

5 May 2025 • 9:51 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA KINABALU, 5 MEI: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Sementara itu di Beaufort, 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

“19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

image is not available
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Mempulut, Keningau pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah