Mangsa banjir Selangor meningkat, 1,498 orang berlindung di PPS

LocalEnvironment
14 Nov 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mangsa banjir Selangor meningkat, 1,498 orang berlindung di PPS

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat, manakala di Perak berkurang setakat 8 pagi ini.

Di Selangor, jumlah mangsa di tujuh PPS di Kuala Selangor bertambah kepada 1,498 mangsa daripada 402 keluarga pagi ini, berbanding 1,373 mangsa daripada 369 keluarga pada petang semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang menempatkan 428 mangsa diikuti SK Dato’ Maharaja Lela (393), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (311), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (123) dan Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (122).

SRA Batu 8 Ijok pula menjadi tempat berlindung bagi 71 mangsa, manakala Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam menempatkan 50 mangsa.

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak berkurang kepada 265 orang daripada 74 keluarga, berbanding 274 orang daripada 79 keluarga yang direkodkan pada petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan terdapat 246 mangsa daripada 70 keluarga di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan 19 mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan MPTI Langkap.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan pada sebelah pagi di daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Bagan Datuk, manakala ribut dan hujan dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam di kesemua 12 daerah di Perak. – Bernama

The post Mangsa banjir Selangor meningkat, 1,498 orang berlindung di PPS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved