Mangsa banjir Terengganu kekal, enam PPS dibuka

24 Jan 2024 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek meredah banjir selepas sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak malam tadi ketika tinjauan di Kuala Terengganu pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Terengganu tidak berubah dengan mangsa kekal 63 orang daripada 17 keluarga setakat 6 pagi ini.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terjejas di negeri berkenaan.

Nadma dalam laporannya memaklumkan Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di enam negeri berada pada paras bahaya iaitu Sungai Muda di Sik dan Sungai Kedah di Kota Setar, Kedah; Sungai Sarang Buaya di Muar dan Sungai Johor di Kulai, Johor; Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Terengganu (Hulu Terengganu) dan Sungai Rompin (Pahang).

Sebanyak 16 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan dan Jalan Bukit Jugra di Hulu Langat, Selangor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved