Mangsa Bot Candat Sotong Karam Terima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO

LocalHealth & Fitness
22 Jul 2026 • 10:33 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Mangsa Bot Candat Sotong Karam Terima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO

Salah seorang mangsa yang selamat dalam insiden bot mencandat sotong karam di perairan Terengganu baru-baru ini, Muhammad Farris, disahkan layak menerima faedah di bawah skim LINDUNG 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Selain faedah kewangan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir itu turut layak menerima rawatan fisioterapi secara berterusan bagi memulihkan kecederaan pada bahagian tangannya, dengan keseluruhan kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.

Menurut kenyataan rasmi PERKESO, semakan mendapati Muhammad Farris merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Semakan berkenaan melayakkan beliau menerima perlindungan di bawah skim LINDUNG 24 Jam.

“Insiden itu membuktikan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, termasuk ketika pekerja sedang bercuti, dan perlindungan LINDUNG 24 Jam memastikan pencarum yang layak terus mendapat bantuan sewajarnya,” kata kenyataan itu.

Bantuan Beri Kelegaan Kepada Mangsa

Sementara itu, Muhammad Farris menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas bantuan serta keperhatinan yang ditunjukkan oleh pihak PERKESO.

Beliau memaklumkan bahawa faedah berkenaan memberikan kelegaan kewangan sepanjang tempoh beliau tidak dapat bekerja, selain membolehkannya menumpukan perhatian kepada sesi rawatan dan fisioterapi.

Beliau turut berharap agar lebih ramai pekerja di negara ini menyedari bahawa skop perlindungan PERKESO tidak terhad semasa waktu bekerja di pejabat sahaja, malah merangkumi perlindungan sepanjang masa melalui skim LINDUNG 24 Jam bagi pencarum yang layak.

Dalam kejadian pada 3 Julai lepas, sebuah bot mencandat sotong dilaporkan karam di perairan Terengganu yang mengakibatkan seorang pembantu tekong maut, tiga cedera, manakala lapan lagi penumpang selamat.

BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved