Mangsa gempa Turkiye – Syria sambut Ramadan penuh sayu

23 Mar 2023 • 3:11 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

GAZIANTEP: Ramadan kali ini menjadi sayu bagi mangsa-mangsa gempa di Turkiye dan Syria setelah kehilangan tempat tinggal, barang keperluan serta ahli keluarga akibat gempa bumi dahsyat sebulan lalu yang berpusat di wilayah Kahramanmaras.

Media melaporkan, mangsa gempa bumi di Hatay dan Gaziantep bersahur di dalam khemah dan dihidangkan dalam bekas polisterin yang disediakan.

Bagi mangsa gempa yang mengungsi di sekitar Pelabuhan İskenderun, mereka boleh naik ke kapal yang berlabuh untuk bersahur di dalam dek kapal.

 

Keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi di Turkiye memerlukan makanan, air dan barangan kebersihan asas ketika bulan suci Ramadan ini.

Ramadan merupakan bulan yang suci dan disambut dengan tenang namun dengan rumah yang musnah serta kehilangan ahli keluarga akibat gempa bumi, penduduk di Turkiye dan Syria terpaksa berjuang bagi mengharunginya.

 

Gempa bumi yang dahsyat itu membunuh lebih 48,000 orang di Turkiye, mencederakan lebih 115,000 dan menyebabkan 2.7 juta orang kehilangan tempat tinggal serta penduduk kini harus tinggal di penempatan sementara termasuk khemah.

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia