Dalam insiden menyayat hati letupan dan kebakaran gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdepan situasi mengejutkan apabila segelintir mangsa yang layak sebagai asnaf menolak bantuan zakat. Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari menyatakan pihaknya telah menghulurkan bantuan awal berjumlah RM500 kepada mangsa terjejas, namun ada yang enggan menerimanya atas alasan mereka adalah pembayar zakat. Difahamkan, insiden berkenaan melibatkan hampir 300 penduduk Muslim termasuk 166 individu asnaf yang dikenalpasti menetap dalam kawasan kariah terbabit. Selain dari itu, ada juga mangsa yang tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana memilih tinggal bersama keluarga atau saudara-mara. Mohd Khaidzir memaklumkan pihak, LZS kini sedang giat mengesan semua yang terjejas melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Artikel lain: Insiden Putra Heights: Bantuan sewa rumah 3 bulan pertama diserah Khamis ini – Amirudin Tambahnya lagi, bantuan awal telah disalurkan sejak minggu pertama kejadian dan pihaknya akan membuat penilaian dari semasa ke semasa bagi menentukan bentuk bantuan seterusnya. Difahamkan, misi bantuan ini merupakan antara langkah segera LZS dalam memastikan nasib semua mangsa terus terbela. Untuk rekod, kejadian kebakaran yang berlaku pada 1 April lalu telah memusnahkan sepenuhnya 81 buah rumah dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 lagi mengalami kerosakan separa. Sebanyak 57 rumah turut terkesan tanpa terbakar, sementara 218 kediaman lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan, termasuk di kawasan Kampung Tengah, Puchong. Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan)
Mangsa insiden Putra Heights ada yang enggan terima zakat
“Ada yang kata mereka pembayar zakat, jadi tak nak terima, tapi tetap cuba hubungi seorang demi seorang kerana niat kami hanya untuk bantu,” katanya.

LZS kesan mangsa insiden Putra Heights
“Kita tidak mahu ada yang tercicir kerana bagi kami, jika rumah musnah atau rosak teruk, mereka perlu dibantu sama ada melalui pembinaan semula atau baik pulih rumah,” jelas beliau.

“Bantuan ini kita beri terus sejak minggu pertama kejadian, bagaimanapun kita akan buat penilaian semula dari semasa ke semasa bagi melihat keperluan lanjut,” ujarnya.




