Mangsa Kes Bella Didakwa Kawan Suspek, Kena ‘Lauk’ Sebab Ganggu Adik Orang?

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila video seorang pemuda dipukul beramai-ramai tular dan mendapat perhatian ramai.

Mangsa ketika menghubungi Caprice berkata, beliau mengenali suspek wanita bernama Bella di media sosial.

Bella telah ‘memancingnya’ untuk datang ke rumah sebelum tiba-tiba diserang beberapa suspek lain.

Terbaharu, tular pula satu perkongsian menunjukkan gambar tiga individu bergaya ‘JB style’ didakwa suspek dan mangsa kejadian.

Didakwa kena pancing lepas ganggu adik kawan

Perkongsian yang dimuat naik pengguna TikTok @kechik_jahatt turut disertakan kapsyen “rindu trio saya” dengan beberapa hashtag lain.

image is not available

Gambar tular menyebabkan muncul spekulasi mengatakan mereka saling mengenali di antara satu sama lain.

Lebih panas, muncul pula tangkap layar perbualan mendakwa mangsa dibelasah kerana dikatakan cuba ‘menggatal’ dengan adik orang.

image is not available

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya, perkongsian ini jelas menambahkan lagi perbualan hangat netizen yang rata-rata mengecam tindakan mereka mengambil tindakan sendiri dengan memukul mangsa.

Terdahulu pihak polis mengesahkan siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung secara salah, pemerasan dan mendatangkan kecederaan.

Pssttt! Ada plot twist pula ke kes Bella ni? Sini cakap lain, sana cakap lain. Apa-apa pun kita tunggu siasatan penuh pihak polis jelah ya.

Kredit: X Amran Fans
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

View Original Article