Mangsa Letupan Putra Heights: Terima 55 Motosikal Percuma

LocalCars
8 Apr 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyumbang 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantis 125 kepada penduduk yang terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya.

Menterinya, Anthony Loke, berkata sumbangan yang ditaja oleh syarikat korporat Spanco bertujuan memudahkan urusan harian mangsa terbabit, khususnya dalam aspek mobiliti harian yang amat terjejas akibat kejadian berkenaan.

image is not available

"Sudah hampir seminggu insiden ini berlaku dan selain kemusnahan rumah serta kereta, motosikal turut musnah dalam kebakaran.

"Ramai penduduk di sini bergantung sepenuhnya kepada motosikal sebagai kenderaan utama mereka," katanya kepada media selepas majlis penyerahan motosikal di LRT Putra Heights.

Menurutnya pihak kementerian mengambil inisiatif mencari penaja bagi membantu mangsa dan hasilnya, pihak Spanco tampil menaja semua motosikal berkenaan yang dibeli daripada pembekal motosikal terkemuka tempatan.

"Harga pasaran motosikal berkenaan mencecah kira-kira RM6,000 seunit, namun ia diperoleh pada harga RM5,000 seunit.

"Kos itu ditanggung sepenuhnya oleh Spanco, termasuk perlindungan insurans selama setahun bagi setiap motosikal," katanya.

Beliau berkata, motosikal terbabit turut didaftarkan terus di kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibuka khas di lokasi penyerahan.

image is not available

"Penerima menerima sijil pemilikan kenderaan serta cukai jalan yang sudah dibayar oleh pihak penaja.

"Motosikal ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran khas 'MADANI' mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan JPJ turut menyumbangkan topi keledar percuma kepada semua penerima hari ini," katanya.