Mangsa OKU Dipukul Di Pasar Tani & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah Dari Andalusia

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Insiden yang berlaku kepada seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang dipukul serta diperlakukan dengan kejam oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu pada minggu lalu nyata mengejutkan negara.

Tindakan individu yang memukulnya dengan kejam itu turut membuatkan orang ramai berasa berang serta berharap agar keluarga mangsa OKU tersebut tidak menarik semula laporan polis yang dibuat.

Kisah mengenai mangsa OKU dan keluarganya terus mendapat perhatian orang ramai serta ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya kerana berasa simpati.

Andalusia taja mangsa OKU dan keluarga tunai umrah

Terbaharu, pihak pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) telah bertindak memberikan pakej umrah kepada mangsa dan keluarga sebagai hadiah.

Pakej umrah terbabit diberikan secara percuma kepada mangsa iaitu Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, isterinya, Faridah Abdul Karim, 44 termasuk anak lelakinya, Ahmad Fakhrie, 19.

Jelas Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin pakej melakukan ibadah umrah itu diberikan kepada mereka menerusi satu panggilan video bersama isteri mangsa pada 20 Januari yang lalu.

Wakil Andalusia cawangan di Kuantan juga telah bertindak berkunjung ke rumah mangsa pada hari sama untuk memberikan segala kelengkapan mereka untuk menunaikan ibadah umrah.

“Dalam video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di Facebook Andalusia Kuantan itu, Ibrahim meluahkan rasa simpati terhadap mangsa sekali gus menyatakan hasratnya untuk menghadiahkan pakej umrah kepada mereka bertiga,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

image is not available
Foto: Sinar Harian

Berharap hadiah ke Tanah Suci dapat ubat hati mangsa dan keluarga

Dalam masa sama, Ibrahim juga mendoakan agar hati mangsa dan keluarga akan terubat apabila berada di Tanah Suci selepas insiden yang berlaku.

Hadiah pakej umrah itu secara tidak langsung membuatkan Faridah berasa terharu serta mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan pengedali umrah itu dan mendoakan Allah SWT dapat membalas jasa baik mereka.

Source: