Mangsa Rempuhan MPV Di Restoran Makanan Segera Meninggal Dunia Di Hospital

9 May 2025 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita warga emas yang parah dalam insiden rempuhan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Volvo di sebuah restoran makanan segera di Sitiawan malam kelmarin telah meninggal dunia.

Menurut laporan Kosmo!, kenalan keluarga mangsa yang dikenali sebagai Mei, wanita berusia lingkungan 70-an itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 11 malam semalam.

image is not available

Foto: Media Sosial

“Dia dibawa ke HSM sejurus kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 malam, namun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital,” katanya

Sebelum ni tular sebuah MPV dipercayai hilang kawalan lalu merempuh masuk ke dalam restoran tersebut di Sitiawan menyebabkan wanita tersebut tersepit di bawah kendeeraan.

image is not available

Foto: Kosmo!

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak pantas membantu mengeluarkan mangsa sebelum pihak berkuasa tiba.

Dalam kenyataan yag dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain mangsa warga emas, lima lagi individu turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan mereka terdiri daripada empat orang dewasa, tiga lelaki dan seorang wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

Sumber: Kosmo! (Luqman Ridhwan Mohamed Nor)