Mangsa rentung disahkan suami isteri, pemandu Porsche Cayenne ditahan kerana mabuk

LocalCars
14 Feb 2026 • 2:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 FEB: Pemandu Porsche Cayenne yang terbabit kemalangan mengorbankan suami isteri di kilometer 134 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran stesen minyak di Taman Tualang Indah, Temerloh, tengah malam tadi ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 28 tahun itu direman empat hari sehingga 17 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat kemalangan pada 12.55 tengah malam dan siasatan mendapati ia berlaku ketika Proton Preve dinaiki suami isteri berusia 34 dan 35 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

"Pada masa sama, Porsche Cayenne dipandu lelaki itu yang bergerak dari arah sama dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Proton Preve berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan dan Proton Preve terbakar menyebabkan pemandu serta penumpang maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu Porsche Cayenne terbabit turut cedera di tangan.

"Permohonan reman terhadap lelaki itu diluluskan Majistret Afidatul AzwaKamarulanuar bagi membantu siasatan," katanya yang memaklumkan sampel darah dan air kencing suspek sudah diambil untuk ujian toksikologi.

Menurutnya, mayat mangsa dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Temerloh.

terdahulu, polis mengesahkan dua mangsa yang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar akibat dirempuh kenderaan lain merupakan pasangan suami isteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved