
KUNAK: Seorang lelaki yang menjadi mangsa serangan buaya pada Isnin ditemukan pada pagi hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, mangsa dikenali sebagai Ridwan Nawir, 50-an, dilaporkan diserang reptilia itu sekitar 11 pagi Isnin.
Pasukan bomba meneruskan operasi SAR hari kedua pada jam 7.10 pagi, diketuai PBKII Rosman Gari dengan kaedah pencarian “surface rescue” bersama agensi lain, termasuk polis, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam, di sepanjang sungai di mana mangsa dilaporkan disambar buaya.
“Mangsa ditemukan oleh orang awam dan pasukan penyelamat pada jam 9.41 pagi hari ini (Selasa), kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa disambar buaya,” katanya.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.48 pagi.
Pada Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 11.18 pagi berkenaan seorang lelaki dewasa yang dipercayai hilang ketika sedang memasang pukat di sebuah sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, di Jalan Kunak - Semporna.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



