“Mangsa Telah Rosakkan Telefon Abangnya Dan ‘Mata’ Dikumpul Hilang” – Polis

LocalGaming
29 Oct 2025 • 12:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pdrm

Dalam perkembangan terkini, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian kelar melibatkan seorang kanak-kanak 6 tahun berpunca daripada pengaruh permainan dalam talian yang dimainkan oleh abangnya sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, berdasarkan siasatan awal, kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

Hilang mata permainan, timbul halusinasi

image is not available

Buat masa ini, motif kejadian masih dalam siasatan. Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan kemungkinan besar insiden itu berpunca daripada permainan dalam talian yang dimainkan oleh abangnya menggunakan telefon pintar.

Menurut polis lagi, abang mangsa dilaporkan terlalu obses bermain permainan tersebut dan telah berjaya mengumpul kira-kira satu juta mata sebelum mata itu hilang selepas telefon pintarnya rosak.

Hasil soal siasat mendapati abang mangsa mungkin mengalami halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh mencederakan ahli keluarganya. Dia kemudian mengambil sebilah pisau dan mencederakan adiknya sendiri.

Polis kini masih meneruskan siasatan lanjut, manakala mangsa dirawat di Hospital Batu Pahat dan dilaporkan stabil.

Pssttt! Kes ini jadi peringatan betapa bahayanya pengaruh permainan dalam talian terhadap kanak-kanak jika tidak dikawal. Semoga pihak polis dapat merungkal kes ini secepatnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.