Mangsa tersangkut pada kayu sungai kawasan Gua Tempurung – Polis

10 Nov 2026 • 1:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mangsa tersangkut pada kayu sungai kawasan Gua Tempurung – Polis

GOPENG – Mangsa, Allahyarham Muhammad Muiz Muhd. Luqman, 2, ditemukan lemas tersangkut pada kayu di tengah-tengah sungai kawasan Gua Tempurung kira-kira lapan kilometer daripada lokasi hilang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pada pukul 10.29 pagi, bot yang dinaiki oleh seorang pemandu Arah bersama empat lain telah menemui mangsa tersangkut pada kayu di tengah-tengah sungai kawasan Gua Tempurung kira-kira lapan kilometer dari tempat kejadian mangsa hilang.

“Pada pukul 11.15 pagi, ⁠mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar menggunakan kenderaan pasukan Land Rover bagi tujuan bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian kerana mangsa mandi sungai bersama tiga keluarga lain dari Tronoh, Batu Gajah Kampung Jahang Gopeng untuk aktiviti perkhelahan bersama keluarga,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebelum itu, keluarga mangsa telah menyedari bahawa mangsa telah tiada di kawasan perkelahan.

“Keluarga mangsa telah mencari disekitar kawasan tapak perkhelahan tetapi tidak ditemui.

“Kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain air dia tepi sungai. Keluarga mangsa mengesyaki bahawa mangsa telah hanyut dibawa arus sungai yang agak deras,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mangsa tersangkut pada kayu sungai kawasan Gua Tempurung – Polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved