Mangsa Tikam Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek – Polis

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 3:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis memaklumkan mngsa yang maut akibat ditikam di hadapan rumah di Taman Sri Pagi, Senawang petang Isnin lalu, mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Mangsa tikam ada hubungan sulit

Menurut laporan Harian Metro, ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, motif suspek melakukan perbuatan itu kerana berang selepas mengetahui isterinya curang dengan lelaki berkenaan.

image is not available

Foto: Media sosial

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah kerana mangsa tikam yang berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada suspek.

“Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Utusan

Ahmad Dzaffir berkata, suspek didapati tiada rekod jenayah dan saringan ujian urin mendapati lelaki itu bebas daripada penyalahgunaan dadah. Artikel lain:

Mangsa tikam kacau isteri orang?

Sejak semalam, tular sekeping gambar tangkap layar di laman Facebook memaparkan komen seorang individu yang mengaku abang kepada suspek.

image is not available

Foto: FB Amin Sukor

Menurut Bro Stylo, adiknya (suspek) membuat tiga kerja demi untuk menyara keluarga, namun isteri tidak reti bersyukur kerana mempunyai skandal dengan lelaki lain (mangsa). Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas dikatakan ditikam di hadapan sebuah rumah dipercayai akibat perselisihan faham akibat cemburu. Sumber:

(Ahmad Hasbi)