Manifesto PH Sabah ‘Back To Basic’, selesaikan isu 3 serangkai – “Tak payah janji bulan & bintang”

LocalPolitics
20 Nov 2025 • 9:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.22 Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin mendedahkan manifesto partinya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi mahu menyelesaikan isu tiga serangkai yang sedang dibelenggu rakyat Sabah.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau memberi gambaran manifesto yang bakal diumumkan pada Ahad ini lebih tertumpu untuk tangani masalah air, elektrik dan jalan raya.

Manifesto PH Sabah

image is not available

“Saya fikir manifesto PH kali ini hanya tiga patah perkataan, kembali kepada asas. Ini kerana banyak masalah di Sabah, tak payah nak janji bulan dan bintang.
“Semuanya isu yang sangat asas. Kita bercakap tentang air dan elektrik, ia bukan sesuatu yang tak boleh diselesaikan. Jadi kali ini semangat kita lebih kepada kembali kepada asas,” katanya kepada pemberita di Pulau Gaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi menghadiri Program Taklimat Kesedaran Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya.

Manifesto PH Sabah

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan bahawa PH dijangka mengumumkan manifestonya bagi PRN17 di Sabah pada Khamis, namun pengumuman itu ditangguhkan berikutan isu terjemahan ke Bahasa Kebangsaan.

“Saya pun terlibat dalam membuat draf manifesto PH kali ini, semangat di sebalik manifesto kali ini ialah kembali kepada asas.
“Manifesto PH yang sepatutnya dilancarkan pada Khamis terpaksa ditangguhkan ke Ahad ini kerana masalah terjemahan,” katanya lagi.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)