Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo

28 Feb 2024 • 12:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buah Enseruit ini boleh didapati hanya musim tertentu sahaja

Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Enseruit Yang Hanya Terdapat Di Borneo. Di Pulau Borneo ini sememangnya terkenal dengan kepelbagaian dan keunikan jenis buah-buahan yang liar anda boleh dapati pada musim-musim tertentu.

Biasanya pokok buah Enseruit ini hidup liar di pinggir hutan atau dalam hutan namun dikhabarkan bahawa pokok Enseruit ini hampir pupus akibat kurang ditanam sebagai pokok teduhan.

image is not available
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo. Kredit gambar: FB Rasa Rasa Borneo

Buah ini turut mempunyai pelbagai nama mengikut etnik di Pulau Borneo

Buah Serait atau dalam bahasa Iban nya ialah buah Enseruit memang cukup terkenal dengan kemanisan buah tersebut yang persis dengan kemanisan buah rambutan. Nama saintifik buah Serait ialah Nephelium Maingayi Heirn.

image is not available
Kredit gambar: FB Beli Pokok Online

Buah-buahan eksotik ini biasanya anda boleh dapati di mana-mana pasar tamu di seluruh Sarawak. Buah Serait atau buah Enseruit merupakan salah satu daripada tumbuhan nadir yang terdapat di Pulau Borneo dan Sumatera.

Jadi, tidak hairanlah buah ini turut mempunyai pelbagai nama mengikut etnik antaranya Keri, Mujau dan juga Putit.

Buah Enseruit atau buah Redan?

Manakala di Pulau Sumatera pula, kebanyakan daripada masyarakat desa mereka memanggil buah ini sebagai buah Unjing dan buah Pejaih. Di Kalimantan pula mereka lebih gemar untuk memanggilnya sebagai Buah Redan.

Untuk pengetahuan anda, buah serait ini juga turut dikenali sebagai buah Redan dalam bahasa Melayu. Jadi, jangan keliru antara buah Redan ‘Sarawak’ dan buah Redan yang lain yaa hehehe.

image is not available
Kredit gambar: Flickr Reuben C. J. Lim

Buah Serait ini turut dikatakan bahawa ianya hanya berbuah 3 tahun sekali. Saiznya pula agak kecil iaitu sebesar syiling 20 sen sahaja namun berbentuk bujur. Selain buahnya yang boleh dimakan, pokoknya pula boleh ditebang untuk dijadikan kayu api.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan buah di Borneo:

View Original Article