Manjakan Diri Dengan Hidangan Teassentials Di W Kuala Lumpur

12 Mar 2023 • 5:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mulai pengalaman indah bersama rangkaian haruman mengasyikan sebelum memanjakan lidah dengan minum petang yang mengangkat tema ‘Of all things beautiful’. - Gambar oleh Rahayu MN

Rutin harian serta  komitmen kerja kadangkala membuatkan kita lelah. Fikiran juga berserabut memikirkan ini dan itu. Sesekali pasti terlintas di fikiran untuk larikan diri seketika. Jauh dari kekusutan. Mahu terapi diri bersama teman yang memahami, tanpa sebarang gangguan.

Bermula Mac hingga penghujung April ini, apa kata bawa diri ke W Kuala Lumpur untuk memanjakan diri dengan hidangan minum petang yang mewah. Hotel yang terkenal dengan gaya hidup yang bersemangat ini mempersembahkan ‘Teassentials’ dengan kerjasama escentials, butik produk kecantikan pelbagai jenama mewah.

Mulai pengalaman indah anda bersama rangkaian haruman yang mengasyikan sebelum memulakan memanjakan lidah dengan minum petang yang mengangkat tema ‘Of all things beautiful’ ini.

image is not available
Wangian seperti Amouage, Acqua di Parma, Bvlgari, Penhaligon's, Maison Francis Kurkdjian dan Valeur Absolue turut dipamerkan. - Gambar oleh Rahayu MN

Deretan wangian yang dipamerkan di kaunter bar adalah haruman jenama mewah yang mungkin sebelum ini belum pernah anda cuba. Seperti Amouage, Acqua di Parma, Bvlgari, Penhaligon's, Maison Francis Kurkdjian dan Valeur Absolue.

Pendek kata, set minum petang Teassentials ini dicipta untuk pengalaman bergaya dan elegan, sesuai untuk mereka yang sofistikated.

Sudahlah terbuai dengan pelbagai jenis wangian, lidah juga tertawan dengan sensasi rasa. Menu minum petang yang terhidang di atas meja adalah inspirasi daripada bahan-bahan yang digunakan dalam setiap wangian seperti lavender, ros, oren, bergamot, kayu manis dan vanilla.

image is not available
Menu minum petang adalah inspirasi bahan-bahan yang digunakan dalam setiap wangian seperti lavender, ros, oren, bergamot, kayu manis dan vanilla. - Gambar oleh Rahayu MN

Kesemua hidangan ini dipersembahkan dalam palet warna pastel untuk sentuhan keanggunan. Jadi, mana mungkin anda tidak gembira dengan pelbagai jenis kek, manisan dan hidangan savoury yang tersedia.

Dikonsepkan Chef Eksekutif, Haznizam Hamzah, dan Sous Chef, Suhalmi Md. Tasir, barisan menu ini mengimbangi bahan-bahan tempatan yang mewah dengan rasa, tetapi ringan di lidah,  moden, dan menyegarkan. 

Mulakan dengan hidangan savoury seperti Duck Patties, Caramelized Ginger, Szechuan Hoisin; Spiced Lamb Pie; Keladi Rice Puff, Smoked Cod Mousse, Pink Peppercorn and Wild Mushroom, dan Truffle Arachini sebelum beralih ke hidangan manis yang mengenyangkan dengan Rose Lychee Gateaux; Tart Citrus Meringue; Licorice Noir Chocolate Rocher dan Matcha Jasmine Choux.

image is not available
Mulakan dengan Duck Patties, Caramelized Ginger, Szechuan Hoisin; Spiced Lamb Pie; Keladi Rice Puff, Smoked Cod Mousse, Pink Peppercorn and Wild Mushroom, dan Truffle Arachini sebelum beralih ke hidangan manis yang mengenyangkan. - Gambar oleh Rahayu MN

Tidak dilupakan ialah hidangan minum petang tradisi Inggeris, skon yang tersedia dalam perisa lavender dan oren halia bersama krim dan jem pir dan ros.

Teassentials tersedia dari 1 Mac hingga 23 April 2023, pada setiap hari dari 3 hingga 5 petang. Harga yang dikenakan pula ialah MYR168 bersih setiap orang (termasuk satu minuman alu-aluan). Selain itu, ia juga tersedia untuk penghantaran, namun harganya berbeza iaitu, MYR198 bersih seorang.

200 tetamu pertama yang menikmati set minum petang ini berpeluang menerima set wangian mewah dalam saiz mini juga baucar daripada escentials. Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh hubungi W Kuala Lumpur. - Getaran, 12 Mac 2023 

image is not available
Tidak dilupakan ialah hidangan minum petang tradisi Inggeris, skon yang tersedia dalam perisa lavender dan oren halia. - Gambar oleh Rahayu MN

View Original Article