‘Mansuhkan cukai kutipan dana NGO’

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 10:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan digesa membatalkan pelaksanaan peraturan cukai baharu ke atas aktiviti kutipan dana oleh pertubuhan dan persatuan masyarakat kerana dana yang dikumpul badan sukarelawan ini amat diperlukan untuk menampung operasi dan perkhidmatan mereka.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, peraturan cukai baharu itu menimbulkan kekeliruan, kepayahan dan kebimbangan dalam kalangan pemimpin masyarakat dan komuniti.

Nota Amalan 1/2025 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 24 Mac lalu telah memperluaskan definisi ‘orang kena cukai’ kepada ‘badan orang’ yang turut merangkumi persatuan komuniti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya menyokong pandangan Tan Sri T.C. Goh, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (HuaZhong), bahawa cukai baharu ini hanya akan membebankan lebih 10,000 NGO aktif di seluruh negara.

“Sebarang lebihan daripada aktiviti kutipan dana bukan untuk keuntungan tetapi bagi program komuniti jangka panjang,” katanya.

Menurut Yong, ketidakpatuhan terhadap peraturan itu juga boleh menyebabkan pemimpin persatuan dikenakan pertuduhan jenayah.

“Beban tambahan cukai baharu ini lebih menakutkan apabila disertai dengan risiko terpaksa mematuhi peraturan cukai yang kompleks kerana sebarang kesilapan atau ketidakpatuhan — walaupun tidak disengajakan — boleh menyebabkan pemimpin persatuan didakwa atas kesalahan mengelak cukai.”

Beliau berkata kebanyakan, jika tidak semua, persatuan tidak mampu untuk mendapatkan khidmat profesional seperti akauntan, juruaudit atau perancang cukai.

“Pemimpin persatuan biasanya terdiri daripada individu tidak berkepentingan peribadi dan sanggup berkorban masa serta wang sendiri demi kebajikan masyarakat,” kata Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Katanya, usaha mengumpul dana masa kini sudah cukup mencabar apabila pemimpin masyarakat terpaksa merayu kepada penaja.

“Pemimpin masyarakat dan penaja ini pula terdiri daripada golongan peniaga biasa yang kini turut terbeban dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), e-invois bagi setiap transaksi dan duti setem bagi kontrak pekerjaan.

“Walaupun menteri mengeluarkan kenyataan optimistik, realitinya suasana perniagaan kini suram dan membebankan.”

Yong turut menggesa menteri agar bertindak segera demi menyelamatkan pertubuhan komuniti dan kebajikan masyarakat.

“Wakil rakyat dan menteri yang menerima layanan VIP sewaktu menghadiri majlis-majlis anjuran persatuan sewajarnya bersuara dan mengambil tindakan sebelum lebih banyak kerosakan menimpa pertubuhan komuniti dan kebajikan masyarakat,” katanya.

View Original Article