Mantan Menteri Besar Perlis, Abdul Hamid Pawanteh Meninggal Dunia

1 Dec 2022 • 5:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KANGAR, 1 Dis (Bernama) — Bekas menteri besar Perlis Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia pada usia 78 tahun di kediamannya di Arau petang tadi.

Dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.15 petang, ditemani ahli keluarganya.

Difahamkan, dia meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.

Abdul Hamid meninggalkan isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima anak – tiga perempuan dan dua lelaki.

Pengebumian jenazah dijangka berlangsung selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau.

Sumber: BERNAMA