Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini telah memperkenalkan dua pembantu AI yang dibangunkan oleh pasukan beliau untuk membantu dalam menjawab kemusykilan berkaitan agama Islam.
Kedua-dua pembantu AI Pegawai Pintar Syariah ini dinamakan AI Dr. Munir dan AI Dr. Munirah, dan telah dibangunkan menggunakan model bahasaraya dengan kerjasama Hedra Studio yang membantu dalam memberikan pembantu-pembantu AI ini sentuhan tempatan.
Dengan penuh rasa syukur, saya ingin memperkenalkan dua watak digital baharu yang kini menyertai Maktabah Al-Bakri sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS): AIDr. Munir dan AIDr. Munirah
Kedua-duanya merupakan model kecerdasan buatan (AI) yang "dilahirkan" hasil kerjasama ChatGPT… pic.twitter.com/QyGnzDI1RL
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) May 29, 2025
Kedua-dua pembantu AI ini dibangunkan untuk membantu menjawab kemusykilan tentang agama Islam dan juga boleh merumuskan jawapan kepada lebih daripada 9000 soalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari, dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pengkalan data aplikasi Al-Inarah.
Dr. Zulkifli juga mengatakan bahawa jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka adalah bersandarkan pendirian persendirian dan profesional beliau berkaitan hal-ehwal agama.
Isteri mengidam nak makan benda pelik-pelik? Apa hukum suami tak tunaikan? Ikuti jawapan oleh @drzulkiflialbakri yang dirumuskan oleh AIDr Munirah, Pegawai Pintar Syariah Maktabah Al-Bakri.
Buat masa ini, kandungan yang akan dihasilkan oleh kedua dua AI Dr. Munir dan AI Dr. Munirah dapat dilihat di akaun TikTok Maktabah Al-Bakri, yang mana video pertamanya adalah berkaitan hukum menunaikan permintaan isteri yang mengidam.