Mantan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Nora'i meninggal dunia

7 Aug 2023 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Mantan Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said meninggal dunia pada jam 5.40 pagi Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di Facebook beliau, yang menyuarakan rasa dukacita dengan pemergian Dr Nora’i.

"Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Al-Fatihah," katanya.

Dr Nora’i, 60, mula berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Putrajaya kelapan pada 16 Oktober 2008 sehingga bersara wajib pada 11 Mac 2023.

Allahyarhamah adalah yang paling lama menerajui Hospital Putrajaya iaitu selama 15 tahun. - Bernama