Mantan Pengerusi Tata Group, Cyrus Mistry Maut Nahas Jalan Raya

5 Sep 2022 • 7:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Cyrus Mistry - Gambar AFP

NEW DELHI - Ahli perniagaan Cyrus Mistry yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat gergasi korporat India, Tata Sons meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada Ahad.

Menurut laporan media India, nahas berlaku ketika Mistry, 54, bersama tiga lagi penumpang dalam perjalanan dari Ahmedabad, Gujarat menuju ke Mumbai.

Seorang lagi penumpang turut terbunuh manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan di kawasan Palghar dekat Mumbai kira-kira jam 3 petang (waktu India).

Mistry ialah anak bongsu kepada mendiang Pallonji Mistry, bilionair empayar perniagaan Shapoorji Pallonji Group.

Sementara itu, Perdana Menteri Narendra Modi berkata, Mistry seorang ahli perniagaan yang hebat di India dan pemergiannya satu kehilangan besar kepada dunia perdagangan dan industri. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved